Seo Services

Sumber Risikan Filipina Sahkan Laporan Rakyat Malaysia Dipenggal

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk mendapatkan pengesahan daripada Filipina berkaitan dakwaan tebusan rakyat Sarawak dibunuh militan Abu Sayyaf di Jolo.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli perniagaan Bernard Then Ted Fen, 39, dikatakan dipenggal kepalanya berdasarkan maklumat risikan keselamatan negara berkenaan.

“Risikan Filipina kata sahih tapi kita minta mereka berkongsi berkaitan maklumat itu segera,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pemimpin Muda ASEAN 2015 di sini, sebentar tadi.

Laporan media semalam menyebut Then dipenggal kepalanya selepas sekumpulan lelaki bersenjata menculik mangsa di restoran makanan laut di Sandakan pada Mei lalu.

Mangsa dilaporkan dipenggal di lokasi terpencil yang menjadi kubu kuat militan Abu Sayyaf di selatan Filipina. – HMetro
Sumber Risikan Filipina Sahkan Laporan Rakyat Malaysia Dipenggal Sumber Risikan Filipina Sahkan Laporan Rakyat Malaysia Dipenggal Reviewed by Admin on November 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.