Seo Services

Walaupun hanya pintu pejabat, tapi ia memerlukan komiten yang tinggi - Bujang Lapok

Bujang Lapok bin Seli yang berkhidmatan selama 34 tahun dalam perkhidmatan awam negeri 
KUCHING: "Sikap merupakan peranan utama dalam ingin mencapai kejayaan dalam perkhidmatan awam iaitu sentiasa mengekalkan sikap amanah, jujur serta memberikan komitmen yang tinggi setiap kali melakukan tugas walaupun tugas kecil seperti membuka pintu pejabat tepat pada masanya," kata Bujang Lapok bin Seli.

Beliau merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kumpulan Sokongan ll - Kategori Penjawat Awam Negeri sempena Hari Perkhidmatan Awam PeringkaT Negeri Sarawak yang di rasmikan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan bin Haji Satem di BCCK awal pagi tadi.

Bermula bekerja sebagai Atendan Pejabat di Kementerian Pembangunan Sosial pada September 1981 dan kini beliau bertugas sebagai pembantu am rendah di Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak dan bakal menamatkan perkhidmatan awam pada tahun depan.

"Kerjasama dan sokongan dengan rakan sepejabat juga faktor saya berjaya mendapat anugerah perkhidmatan ini sepanjang bertugas selama 34 tahun dengan kerajaan," kata Bujang yang berasal dari Kampung Buntal Kuching.

Nasihat beliau kepada penjawat-penjawat awam yang lain untuk berjaya dalam perkhidmatan awam ialah sentiasa memberikan komitmen 100 peratus dengan setiap tugasan yang diberikan oleh pegawai.

Bujang yang aktif dengan aktivti di luar iaitu terlibat dalam Persatuan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan juga sebagai Timbalan Penguasa Kanan RELA. Sebelum ini juga beliau pernah menerima Pingat Pdrkhidmatan Setia pada tahun 2012 dan Pingat Bentera Bintang Sarawak pada tahun lepas.

Majlis Hari Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak ini diadakan sejak tahun 2012 dan bertujuan menghargai sumbangan seluruh perkhidmatan awam secara langsung selain daripada memupuk silaturahim antara penjawat awam Negeri dan Persekutuan. Pelbagai anugerah penghargaan di berikan kepada setiap jabatan dan individu yang berkhidmat cemerlang.- Sarawakiana


Walaupun hanya pintu pejabat, tapi ia memerlukan komiten yang tinggi - Bujang Lapok Walaupun hanya pintu pejabat, tapi ia memerlukan komiten yang tinggi - Bujang Lapok Reviewed by Unknown on November 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.