Foto: AFP |
MULTAN: Seorang wanita Pakistan meninggal dunia pada Selasa selepas dibakar seorang lelaki yang berang kerana lamarannya ditolak, kata doktor.
Sonia Bibi, 20, yang dimasukkan ke hospital bulan lalu, memberitahu polis bekas kekasihnya, Latif Ahmed menyimbah petrol dan membakarnya kerana menolak lamaran lelaki itu.
Pasukan perubatan sebelum ini berkata Sonia yang cedera melecur 50 peratus mungkin pulih.
Akan tetapi seorang doktor di Hospital Nishtar Multan berkata, kecederaan wanita itu dijangkiti kuman dan dia meninggal awal pagi Selasa.
Serangan itu berlaku di perkampungan terpencil di daerah Multan di wilayah Punjab.
Polis sudah menahan lelaki itu berusia 24 tahun.
Beratus-ratus wanita di Pakistan dibunuh setiap tahun akibat kes keganasan rumah tangga atau kerana mempertahankan maruah keluarga.
Yayasan Aurat, pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak wanita Pakistan, berkata lebih 3,000 wanita terbunuh dalam serangan sedemikian sejak 2008. - AFP
Wanita Pakistan Dibakar Kerana Tolak Lamaran
Reviewed by uMieySurianie
on
November 04, 2015
Rating:
No comments: