Bangkok: Satu bebola api besar berwarna hijau yang dilihat di ruang angkasa Thailand pada malam kelmarin adalah objek dari angkasa yang memasuki atmosfera bumi pada halaju tinggi, kata Institut Kajian Astronomi Kebangsaan Thailand (NARIT) semalam.
Bebola api berwarna hijau itu menjadi viral di laman sosial di Thailand selepas dilihat dan dirakam beberapa penduduk di Bangkok, Rayong, Chon Buri, Chachoengsao, Nakhon Sawan, Khon Kaen, Phitsanulok, Ang Thong dan Chiang Mai.
Pengarah NARIT, Boonraksa Soonthorntham berkata, objek itu sama seperti meteor yang dilihat memasuki ruang angkasa Thailand pada 7 September lalu.
“Bagaimanapun, meteor kali ini mengeluarkan cahaya hijau dan bukannya oren kerana objek ini mungkin mengandungi banyak kromium yang biasa ditemui pada meteoroid,” katanya.
Ujarnya, bebola itu dilihat di banyak kawasan yang menunjukkan objek berkenaan terbakar di atmosfera ketika di altitud sangat tinggi.
“Beberapa jenis objek angkasa seperti serpihan komet atau satelit lama yang jatuh ke bumi boleh menyebabkan fenomena seperti itu,” Jelasnya.
Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana kemungkinan objek jatuh dari angkasa menyebabkan kerosakan atau kecederaan adalah sangat kecil.
“Kami masih melakukan analisis awal mengenai fenomena ini dan masih mengumpulkan maklumat lanjut,” katanya. - Agensi
#Video : Meteor Hijau Dilihat Di Ruang Angkasa Thailand
Reviewed by Unknown
on
November 04, 2015
Rating:
No comments: