Seo Services

Berkat Fokus, Konsisten Dalam Kelas Bantu Pelajar Cemerlang PT3

gambar sekadar hiasan
PUTRAJAYA: Meskipun baginya mencabar kerana ia menguji kemahiran berfikir namun berkat fokus dan konsisten dalam bilik darjah nyata membuahkan hasil buat Wafa Mohd Razali yang memperoleh 11A dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11(1) di sini yang bercita-cita menjadi ahli astronomi juga gigih mengikuti tuisyen yang diadakan pihak sekolah.

"PT3 memang agak mencabar kerana pelajar perlu menggunakan kemahiran berfikir dan mengembangkan teori. Pada mulanya target saya cuma 8A. Jadi apabila diumumkan mendapat 11A saya sangat gembira," katanya kepada Bernama.

Bagi ibunya Khairiah Abdullah, 47, konsep yang diterapkan dalam peperiksaan PT3 dapat menyediakan pelajar dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan pada masa hadapan.

"Saya tengok dia (Wafa) belajar banyak menggunakan logik akal tidak 'spoon-feed'. Bagi saya kaedah ini lebih bagus," kata Khairiah.

Pengetua (SMK) Presint 11(1) Puan Sri Halimah Abdul Majid berkata pencapaian sekolah itu tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas ketika peperiksaan PT3 pertama kali dilaksanakan, dengan peratus lulus keseluruhan meningkat daripada 61.11 peratus kepada 81.71 peratus, melibatkan 164 calon.

"Saya lihat pelajar sudah faham konsep PT3 ini jadi kita dapat lihat peningkatan tinggi dalam peratus pelajar yang lulus," katanya.

Halimah berkata keputusan PT3 itu akan dijadikan asas bagi guru untuk meletakkan pelajar dalam bidang yang sesuai di tingkatan empat berdasarkan minat dan kemampuan masing-masing.

-Bernama

Berkat Fokus, Konsisten Dalam Kelas Bantu Pelajar Cemerlang PT3 Berkat Fokus, Konsisten Dalam Kelas Bantu Pelajar Cemerlang PT3 Reviewed by Unknown on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.