Seo Services

Program Rintis PLKN 2.0 Berjaya Tingkat Keyakinan, Kemahiran Peserta - KSN


SEPANG: Projek Rintis Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 dilihat berkesan dalam meningkatkan keyakinan diri peserta terutama dalam pengucapan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau melihat perkembangan tersebut hasil komunikasinya bersama para peserta projek rintis program berkenaan ketika melawat Kem PLKN Princess Haliza, Sungai Pelek di sini Isnin.

"Daripada maklum balas yang diterima daripada peserta sebentar tadi saya dapati mereka amat gembira menyertai PLKN 2.0.

"Mereka lebih yakin bercakap di tempat awam. Pada masa depan, jika mereka perlu berucap untuk masyarakat atau dalam temu duga, kemahiran ini penting," katanya kepada pemberita ketika mengakhiri lawatannya.

Pada lawatan itu, Ali diberikan taklimat mengenai perjalanan program rintis PLKN 2.0 di Kem Princess Haliza oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohammad Radzi.

Sebanyak 345 pelatih berjaya menamatkan program rintis PLKN fasa pertama itu dengan majlis penutupnya akan diadakan di kem tersebut pada Selasa, katanya.

Kesemua pelatih berkenaan menjalani program selama dua bulan sejak Oktober dan fasa kedua program PLKN 2.0 akan bermula pada 5 Jan, kata Ali.

Majoriti atau 60 peratus daripada peserta PLKN 2.0 fasa pertama itu adalah mereka yang menyertai program secara sukarela, katanya.

"Kita berharap peserta yang berpengalaman dalam program PLKN 2.0 Fasa Satu ini akan memberikan maklum balas positif kepada sahabat masing-masing supaya lebih ramai belia menyertai PLKN secara sukarela," katanya.

-bernama
Program Rintis PLKN 2.0 Berjaya Tingkat Keyakinan, Kemahiran Peserta - KSN Program Rintis PLKN 2.0 Berjaya Tingkat Keyakinan, Kemahiran Peserta - KSN Reviewed by Unknown on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.