Seo Services

#DUNSarawak : Perkhidmatan Jalur Lebar Di Kawasan Luar Bandar Akan Dipertingkatkan


Kerajaan negeri melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melabur sebanyak RM1.5 bilion untuk memperluas dan menaik taraf infrastruktur telekomuniksi di negeri Sarawak dari tahun 2008 sehingga 2015

Menteri Kemudahan Awam, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini termasuklah 203 menara telekomunikasi yang telah siap dibina untuk membekalkan liputan selular di kawasan pendalaman dan 149 menara yang sedang dalam pelaksanaan.

“Untuk makluman ADUN Jemoreng, Pantai Damai, Beting Maro, Ngemah dan Semop, kerajaan menyedari masalah projek Kampung Tanpa Wayar atau kini dikenali sebagai Wifi Komuniti seperti yang dibangkitkan,”

“Buat masa sekarang, sebanyak 761 Wifi Komuniti telah dilaksanakan di Sarawak tetapi kebanyakkannya didapati tidak berfungsi,”

Beliau menyatakan, tambahan kepada itu, kerajaan negeri telah memohon supaya pihak MCMC mengaktifkan semula serta menaiktaraf mutu perkhidmatan semua Wifi Komuniti yang sedia ada.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.

“Kerajaan juga menyedari bahawa sebanyak 124 menara telekomunikasi telah siap dibina tetapi belum beroperasi,”

“Ini adalah masalah yang dihadapi oleh pihak MCMC dan pemberi perkhidmatan.,” jelasnya

Menurutnya lagi, pihak kerajaan juga telahpun meminta pihak MCMC mengambil tindakan segera supaya kesemua menara telekomunikasi tersebut dapat beroperasi sepenuhnya.

"Dengan terlaksananya kesemua projek ini, kualiti dan kapasiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh Sarawak khasnya di kawasan luar Bandar dijangka dapat dipertingkatkan,"

Tengah berkata, kini negeri Sarawak menikmati 78.3% kadar penembusan jalur lebar serta kadar penembusan langganan perkhidmatan selular melebihi 113%.

"Setakat suku kedua 2015, kadar penembusan liputan selular di kawasan berpendudukan adalah 85%," - Sarawakiana
#DUNSarawak : Perkhidmatan Jalur Lebar Di Kawasan Luar Bandar Akan Dipertingkatkan #DUNSarawak : Perkhidmatan Jalur Lebar Di Kawasan Luar Bandar Akan Dipertingkatkan Reviewed by Unknown on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.