Seo Services

Kos Penerbangan Kekang Bawa Lebih Ramai Atlet Ke Sukma Sarawak

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Kos penerbangan ke Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tahun depan antara faktor yang mengekang Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membawa lebih ramai atlet ke temasya sukan tersebut, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan menteriya Datuk M Saravanan berkata sehubungan itu, pihaknya sedang berunding dengan beberapa syarikat penerbangan untuk mendapatkan subsidi kos penerbangan bagi merealisasikan hasrat kementerian.

"Kita sedar kekangan ini dan kita sedang mencari jalan mengurangkan beban kos dan memberi peluang kepada atlet berbakat bertanding," katanya ketika menjawab soalan tambahan pada persidangan Dewan Negara di sini Isnin.

Saravanan berkata perancangan KBS adalah untuk menghantar atlet yang berpoteni memenangi pingat selain membawa lebih ramai atlet bertanding ke temasya SUKMA 2016.

Menjawab soalan asal Senator Datuk Ng Chiang Chin, Saravanan berkata penganjuran SUKMA yang dimulakan sejak 1986, terbukti berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dari segi pembangunan atlet serta pembangunan kemudahan sukan.

"Dari segi pembangunan atlet, SUKMA telah berjaya mencungkil serta mengenal pasti bakat-bakat muda yang berpotensi dalam pelbagai bidang sukan di seluruh negara.

"Penganjurannya juga membolehkan setiap negeri mendapat peluang membina dan menaik taraf kemudahan sukan mereka. Ini adalah kerana prinsip pengelola Sukan Malaysia adalah secara penggiliran tuan rumah setiap dua tahun sekali dalam memastikan setiap negeri mempunyai kemudahan sukan yang akan digunakan bagi melaksanakan program pembangunan akar umbi," katanya.

Mengenai perbelanjaan penganjuran SUKMA, Saravanan menjelaskan jumlahnya berbeza-beza mengikut negeri kerana ia bergantung kepada kemudahan sukan sedia ada dan pembinaan fasiliti baharu di negeri berkenaan.

Kebiasaannya, negeri yang menjadi tuan rumah akan memohon peruntukan terus kepada Kementerian Kewangan bagi pembinaan dan naik taraf venue sukan yang dikenal pasti, tambahnya.

-- BERNAMA
Kos Penerbangan Kekang Bawa Lebih Ramai Atlet Ke Sukma Sarawak Kos Penerbangan Kekang Bawa Lebih Ramai Atlet Ke Sukma Sarawak Reviewed by Admin on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.