Seo Services

Chong diarah keluar DUN Sarawak Kerana Cetuskan Kekecohan


PETRA JAYA: Ketua Pembangkang Sarawak, Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) mencetuskan kekecohan setelah enggan menarik balik kenyataan mengenai Bajet Negeri 2016 yang mengalami defisit serta menganggapnya sebagai ‘David Copperfield Acounting’.

Berikutan itu usul menggantung Chong daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri dibuat oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Seri Wong Soon Koh.

“Saya menggesa Yang Berhormat Chong Chieng Jen (DAP) agar menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan yang juga merupakan Menteri Kewangan.

“Jika beliau gagal menarik kenyataan tersebut, dengan ini akan mengemukakan usul pergantungan dengan segera dan tanpa sebarang syarat (bahas),” kata Wong yang Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar pada sesi berkenaan telah membuat keputusan Chong digantung setelah 32 daripada wakil rakyat di dewan menyokong usul tersebut sementara 12 daripadanya membantah.

Berikutan itu, Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak diarahkan keluar dari Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sesi undian tersebut tidak menyebelahi beliau untuk kekal di dalam dewan undangan negeri.-Sarawakiana.
Chong diarah keluar DUN Sarawak Kerana Cetuskan Kekecohan Chong diarah keluar DUN Sarawak Kerana Cetuskan Kekecohan Reviewed by Unknown on December 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.