Seo Services

#DUNSarawak : Kementerian Kesihatan Naik Taraf Klinik Kesihatan Debak


Kuching : Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Unit Haemodialisis (HDU) di Klinik Kesihatan (KK) Debak sebagai salah satu rancangan kerajaan untuk menaik taraf klinik.

Meneri Muda Kesihatan Awam, Datuk Dr Jerip Susil berkata, kementerian kesihatan sentiasa memantau keperluan perkhidmatan, kelengkapan peralatan kesihatan dan keperluan sumber manusia.

“Tiga buah mesin hemodialisis telah disediakan pada bulan Mac lepas dan sebuah lagi mesin hemodialisis baru dijangka akan dihantar menjelang hujung tahun ini,” katanya sambil menambah seramai 10 orang pesakit telah menerima rawatan hemodialisis di HDU KK Debak.

Tambahnya lagi, perkhidmatan dan kelengkapan makmal turut dinaiktaraf dengan penyediaan sebuah mesin chemistry analyser, yang sedang dipasang di makmal klinik tersebut untuk kegunaan semua pesakit di KK Debak termasuk pesakit HDU KK Debak.

“Dari segi keperluan sumber manusia, seramai dua orang Pegawai Perubatan telah ditempatkan di Klinik Kesihatan Debak dengan penambahan anggota kesihatan dan staf sokongan yang lain seperti ; lima orang Penolong Pegawai Perubatan, lima orang Jururawat Masyarakat, dua Penolong Pegawai Farmasi, dua Juruteknologi Makmal Perubatan dan seorang Juru Xray,”

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam yang bertanyakan apakah rancangan kerajaan untuk menaik taraf perkhidmatan Klinik Kesihatan Debak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. - Sarawakiana
#DUNSarawak : Kementerian Kesihatan Naik Taraf Klinik Kesihatan Debak #DUNSarawak : Kementerian Kesihatan Naik Taraf Klinik Kesihatan Debak Reviewed by Unknown on December 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.