Seo Services

#DUNSarawak : RM2.14 Juta Untuk Projek Fasa Pertama Bagi N.49 Nangka


Kerajaan melalui Majlis Perbandaran Sibu sedang melaksanakan fasa pertama projek di Kampung Teku, Sentosa dan Jeriah, Sibu dengan peruntukkan sebanyak RM2.14 juta dan dijangka siap menjelang tahun hadapan.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan sedar kesusahan rakyat akibat banjir di ketiga-tiga kampung berkenaan.

“Sebagai tambahan, kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta dalam Rancangan Malaysia ke-11 bagi projek menaiktaraf saliran di Kampung Bahagia dan Sungai Teku, Sibu manakala sebanyak RM8 juta pula di Kampung Jeriah, Sibu,” katanya.

Beliau berkata sedemikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undang Negeri ke-17 hari ini.

Menurutnya lagi, projek tersebut akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) dan dijadualkan dilaksanakan dari Januari 2018 sehingga Disember 2020.

“Atas saranan ADUN Nangka, saya akan mengarahkan pihak DID melaksanakan projek bekenaan bermula tahun 2016,” jelasnya.

Dalam pada masa yang sama, ADUN Nangka, Dr. Annuar Rapaee mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana meluluskan perbahasan rang undang-undang Perbekalan (2016), 2015 dan Resolusi Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2016 beliau pada persidangan DUN minggu lepas.

“Saya tahu masalah ini telah lama berlaku, tetapi sebagai ADUN Nangka, saya telah menyuarakan masalah ini dua tahun lalu dan sekarang saya bersyukur kerana Kerajaan negeri meluluskan rang undang-undang perbekalan yang telah saya bahaskan,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Dewan Undangan Negeri selepas ucapan penggulungan Datuk Amar Awang Tengah hari ini.

Annuar juga menggesa agar pihak pembangkang berhenti untuk mencanang apa-apa lagi isu ataupun permasalahan rakyat di kawasan berkenaan. -  Sarawakiana
#DUNSarawak : RM2.14 Juta Untuk Projek Fasa Pertama Bagi N.49 Nangka #DUNSarawak : RM2.14 Juta Untuk Projek Fasa Pertama Bagi N.49 Nangka Reviewed by uMieySurianie on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.