Seo Services

#DUNSarawak : RM360 Juta Untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Bagi Tahun 2016


Kerajaan negeri telah menyediakan sejumlah RM360 juta untuk projek bekalan elektrik luar bandar negeri Sarawak melalui sistem grid manakala lebih kurang RM200 juta akan diberi untuk sistem alternatif bagi tahun hadapan.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan akan meneruskan usaha untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik melalui sistem grid dan secara alternatif seperti solar hibrid, mikro hidro dan janakuasa diesel untuk kawasan-kawasan pendalaman dan terpencil

"Sejak tahun 2010 lagi, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM2.5 bilion untuk melaksanakan projek bekalan elektrik luar bandar secara talian grid.

"Dengan peruntukkan ini, sebanyak 1,280 projek telah diluluskan yang akan memberi manfaat kepada lebih kurang 69,000 isi rumah. Sehingga kini, sebanyak 1,204 projek telah siap dan dimanfaatkan oleh sejumlah lebih kurang 58,000 isi rumah.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.

Sementara itu, menurut beliau, sebanyak 76 projek lagi sedang dilaksanakan dalam pelbagai peringkat.

"Sebanyak 30 projek telah mengalami kelewatan daripada jadual asas disebabkan oleh masalah keupayaan kontraktor, izin lalu dan cabaran-cabaran lain," - Sarawakiana
#DUNSarawak : RM360 Juta Untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Bagi Tahun 2016 #DUNSarawak : RM360 Juta Untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Bagi Tahun 2016 Reviewed by Unknown on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.