Seo Services

Kubur Masyarakat Iban Di Sibu Diceroboh

SIBU, 14 Dis (Bernama) -- Sebanyak 12 buah kubur di tanah perkuburan Iban di Bukit Balai Nyabong, Sungai Assan di sini diceroboh oleh pihak yang dipercayai mahu mengambil barangan berharga.

Ia disedari beberapa waris si mati pagi semalam apabila mereka datang untuk membersihkan kawasan perkuburan.

Sehubungan itu laporan polis telah dibuat.

"Hasil siasatan mendapati sebanyak 11 buah kubur perempuan manakala sebuah kubur lelaki telah digali dan ditimbus semula oleh penceroboh," kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi.

Beliau berkata kes disiasat kerana menceroboh tanah perkuburan.

Masyarakat Iban yang meninggal dunia sering dikebumikan bersama barangan kemas milik mereka seperti cincin, rantai emas atau barangan tembaga. -- BERNAMA
Kubur Masyarakat Iban Di Sibu Diceroboh Kubur Masyarakat Iban Di Sibu Diceroboh Reviewed by Admin on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.