Seo Services

#DUNSarawak : Skim Pinjaman Rumah Panjang RM50 Juta Diluluskan


KUCHING: Kerajaan persekutuan meluluskan sejumlah RM50 juta untuk Skim Pinjaman Rumah Panjang bagi negeri ini pada tahun 2016.

Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis berkata skim ini menawarkan pinjaman sehingga RM50,000 sepintu tanpa sebarang faedah dikenakan kepada peminjam.

“Kementerian kita ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana baru-baru ini telah meluluskan RM50 juta untuk skim ini pada tahun 2016.

“Skim ini tidak lagi mengenakan sebarang faedah kepada para peminjam bagi meringankan beban mereka membayar balik pinjaman,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan daripada Malcom Mussen Lamoh (BN-Batang Ai) pada persidangan Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Ke-17 di sini, semalam.

Tambah Harden, menerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) kementerian menggunakan kaedah tender terbuka untuk pembekal bahan-bahan binaan di bawah skim ini.

Menurut beliau, bagi memastikan harga bahan binaan termasuk kos pengangkutan ke rumah panjang tidak dikenakan caj yang tinggi, kementerian telah membahagikan kawasan kepada lapan zon.

Zon 1 (Kuching dan Samarahan), Zon 2 (Sri Aman, Betong), Zon 3 (Sibu, Sarikei, Mukah), Zon 4 (Kapit), Zon 5 (Belaga), Zon 6 (Miri, Bintulu), Zon 7 (Marudi) dan Zon 8 (Limbang), jelasnya.

“Kementerian menggalak-kan penyertaan para pembekal dalam tender terbuka ini bagi membolehkan mereka dipertimbangkan sebagai pembekal,” katanya.

Sementara itu, di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), katanya, kementerian telah menerima peruntukan sebanyak RM38 juta daripada kerajaan persekutuan untuk pelaksanaan skim itu.-UB
#DUNSarawak : Skim Pinjaman Rumah Panjang RM50 Juta Diluluskan #DUNSarawak : Skim Pinjaman Rumah Panjang RM50 Juta Diluluskan Reviewed by Unknown on December 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.