Seo Services

#DUNSarawak : Status Tanah NCR di Ulu Menyang Kekal Atas Tujuan Penubuhan Taman Negara


Kerajaan telah bersetuju untuk mengekalkan status tanah hak adat bumiputera di kawasan Ulu Menyang dan akan diuruskan sebagai Wildlife Conservation Area.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datu Haji Len Talif Salleh berkata, kerajaan tidak akan melucutkan status tanah hak adat bumiputera untuk tujuan penubuhan taman negara kerana terdapat populasi orang utan di kawasan berkenaan.

"Penduduk boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa dan dibuat secara tradisional dan terkawal bagi mengurangkan impak terhadap habitat orangutan,"

Len yang juga merangkap Menteri Alam Sekitar menambah, kawasan tersebut (Ulu Menyang) akan dibangunkan sebagai kawasan eko-pelancongan semulajadi yang akan diuruskan oleh penduduk- penduduk tempatan.

"Oleh itu, penduduk di kawasan ini tidak dibenarkan mengusahakan tanah NCR untuk peladangan kelapa sawit, pembalakan atau mana-mana aktiviti yang menjejaskan ekologi kawasan berkenaan,"

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh yang bertanyakan syarat-syarat serta langkah-langkah lain yang diambil di atas tanah NCR yang terlibat denga penubuhan kawasan pemuliharaan hidupan liar di Ulu Batang Ai, Lubok Antu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. - Sarawakiana.
#DUNSarawak : Status Tanah NCR di Ulu Menyang Kekal Atas Tujuan Penubuhan Taman Negara #DUNSarawak : Status Tanah NCR di Ulu Menyang Kekal Atas Tujuan Penubuhan Taman Negara Reviewed by uMieySurianie on December 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.