Seo Services

#DUNSarawak : Kemudahan Bekalan Air Terawat Secara Berterusan Di Bahagian Mukah


Kerajaan telah merancang dan melaksanakan projek-projek kemudahan bekalan air  terawat secara berfasa di Bahagian Mukah.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Datuk Sylvester Entri Muran berkata, sebanyak RM195juta projek bekalan air sedang dilaksanakan sepanjang tahun ini.

"Apabila projek-projek siap dalam tahun 2016, kapasiti loji rawatan air di Mukah akan bertambah daripada 15 juta liter sehari kepada 60 juta liter sehari,"

Beliau menambah, hal ini juga akan memberi tekanan air yang lebih baik dan berterusan bagi kawasan Mukah, Balingian, Oya sehingga ke Igan.

"Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan pelan tindakan segera untuk mengatasi masalah bekalan air di kawasan Mukah terutamanya di kawasan UiTM," jelasnya.

Sylvester, menjawab soalan ADUN Balingian, Yussibnosh Balo yang bertanyakan status kemudahan bekalan air terawat di Daerah Mukah semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. - Sarawakiana.
#DUNSarawak : Kemudahan Bekalan Air Terawat Secara Berterusan Di Bahagian Mukah #DUNSarawak : Kemudahan Bekalan Air Terawat Secara Berterusan Di Bahagian Mukah Reviewed by uMieySurianie on December 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.