Seo Services

Enrique Berang Barca Seri

Jurulatih Barcelona, Luis Enrique

BARCELONA – Jurulatih Barcelona, Luis Enrique berang dengan kesilapan bodoh yang dilakukan pasukannya selepas pen­dahulu La Liga itu mempersiakan peluang mendahului dua gol, tetapi menamatkan permainan de­ngan seri 2-2 menentang Deportivo La Coruna di laman sendiri, semalam.

Barca turut mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir mereka, menjelang aksi Piala Kelab Dunia di Jepun minggu depan.

Skuad bimbingan Luis Enrique itu kini mengumpul 35 mata daripada 15 perlawanan dan diekori rapat oleh Atletico Madrid serta Real Madrid yang menghuni kedudukan kedua serta ketiga.

“Perlawanan ini berada dalam kawalan sehinggalah kami dibolosi dengan gol pertama. Kami telah melakukan kesilapan individu dan bertindak bodoh memberi bola kepada lawan.

“Pemain juga kecewa seperti mana yang saya rasakan sekarang kerana kami berhajat untuk terus melebarkan jurang dengan pesaing-pesaing kami. Keputusan ini patut dijadikan sebagai pengajaran berguna buat pemain,” kata Luis Enrique.

Sepakan percuma yang disempurnakan Lionel Messi pada minit ke-39 dan rembatan kencang Ivan Rakitic pada minit ke-62 meletakkan Barcelona berada selesa di depan, tetapi mereka dibolosi pada lewat permainan hasil jaringan Lucas Perez (minit ke-77) dan Alex Bergantinos (minit ke-86).

Jentera serangan Barca menerusi trio Messi, Neymar dan Luis Suarez berjaya menghasilkan 128 gol setakat ini, tetapi keputusan seri menyebabkan mereka sekali lagi keciciran dua mata setelah berbuat demikian ketika menentang Valencia di tempat lawan, minggu lalu.

“Saya tidak rasa keputusan ini selayaknya kami peroleh, tetapi Deportivo telah mempamer aksi yang jauh lebih baik.

“Kami boleh tewas dalam perlawanan ini. Dari segi taktikal ia ternyata jauh berbeza dengan permainan yang biasanya kami terapkan.

“Deportivo mempunyai tujuh pemain yang berada begitu hampir dengan benteng pertahanan mereka di samping tiga pemain yang bersedia melancarkan serangan balas,” ujarnya lagi. – REUTERS

Enrique Berang Barca Seri Enrique Berang Barca Seri Reviewed by Unknown on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.