Seo Services

Lelaki OKU Menangis Kerana Pramugari Cantik


Niu, 71 tahun mengesat air matanya apabila seorang pramugari muda yang cantik bernama Fan Xuesong melutut di depannya dalam penerbangan Hainan Airlines (HU7302) dari Zhengzhou ke bandar Haikou, Hainan di selatan China.

Ini semua gara-gara sifat keprihatinan Fan Xuesong yang sudi menyuapkan makanan kepada Niu kerana dia merupakan orang kurang upaya yang tidak boleh memegang sudu untuk makan.

Niu, pesara yang pernah memegang jawatan profesor perubatan menjadi orang kurang upaya selepas separa lumpuh akibat diserang strok 2 tahun lalu. Niu juga bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Tindakan Fan Xuesong bukan sahaja menyebabkan Niu menangis tetapi turut membuatkan penumpang Hainan Airlines yang lain terharu dengan perbuatan tersebut. -MYNEWSHUB.CC



Lelaki OKU Menangis Kerana Pramugari Cantik Lelaki OKU Menangis Kerana Pramugari Cantik Reviewed by Unknown on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.