Seo Services

Jangan Takut Bersaing Dalam TPPA


KUALA LUMPUR : Jangan takut dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana agenda Bumiputera dan kedaulatan negara akan terus dipertahankan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Perdana Menteri, turut menjelaskan bahawa sejak dari mula rundingan TPPA lagi, Malaysia bertegas agar perjanjian perdagangan itu digariskan berdasarkan terma yang telah ditetapkan.

Bercakap pada sesi penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2015, Najib menyeru masyarakat Bumiputera supaya bangkit bersaing dan meraih peluang yang ditawarkan menerusi TPPA, sambil memberi jaminan bahawa agenda Bumiputera akan dilindungi.

"Kalau ia (agenda Bumiputera) tidak diterima, kita akan keluar dari TPPA. Saya jumpa dengan Presiden (Barack) Obama dua kali, dan Tokpa (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed) juga telah berjumpa pelbagai pihak," kata Najib di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Akhirnya, Najib berkata 11 negara TPPA, termasuk Amerika Syarikat, menerima bahawa agenda Bumiputera mesti dimasukkan sebagai sebahagian daripada terma TPPA.

"Jadi, apa yang kita takut? Kita takut bersaing dengan orang lain? Vietnam pun berani. Brunei pun masuk TPPA. Takkan lah kita tak berani bersaing dengan orang lain," katanya..

Justeru, Najib meminta rakyat supaya tidak bimbang, sebaliknya lebih bersemangat.

Beliau juga yakin Malaysia boleh berjaya di persada antarabangsa di bawah kepimpinan UMNO, selain meminta Mustapa dan agensi berkaitan supaya terus memperkasa usahawan Bumiputera, terutama industri kecil dan sederhana.

"Tolong mereka bersaing di peringkat antarabangsa, terutama dalam pembangunan kapasiti," kata Najib.

Menurut Najib, banyak perjanjian perdagangan yang telah ditandatangani Malaysia membuahkan hasil yang lebih baik daripada jangkaan.

"Kita sign dengan Turki, dan dalam tempoh tiga bulan sahaja eksport kita ke Turki bertambah dua kali ganda.

"Jadi inilah pendekatan kita. Kita mesti berani dan buat persediaan. Kita bina keupayaan orang kita, kita bagi sokongan yang cukup dan kita hantar orang kita supaya mereka bersaing membawa panji-panji UMNO," kata Najib.

-- BERNAMA
Jangan Takut Bersaing Dalam TPPA Jangan Takut Bersaing Dalam TPPA Reviewed by Unknown on December 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.