Seo Services

Lelaki Rompak Kedai Guna 'Hoverboard'


MITCHAM - LONDON. Seorang lelaki dirakam merompak sebuah kedai serbaneka dan lari tanpa menjejakkan kaki ke tanah dengan menggunakan hoverboard.

CNN menyiarkan sebuah rakaman CCTV kejadian September lepas selepas pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk mengecam suspek, semalam.

Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki kulit hitam dirakam memasuki sebuah kedai mengunakan hoverboard dan merompak minuman tenaga Lucozade sebelum melarikan diri menggunakan peranti yang sama.

Difahamkan, rompakan tersebut merupakan antara sebab kerajaan Britain mengharamkan penggunaan hoverboard di jalan-jalan awam pada Oktober.

Ogos lepas, selebriti Wiz Khalifa dirakam digari oleh polis kerana menggunakan hoverboard di sebuah lapangan terbang.

New York, Amerika Syarikat juga mengharamkan penggunan hoverboard di kawasan-kawasan awam.

- Sinar Harian
Lelaki Rompak Kedai Guna 'Hoverboard' Lelaki Rompak Kedai Guna 'Hoverboard' Reviewed by Unknown on December 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.