Seo Services

Nasi Lelapan Miri tarikan pengunjung


Miri sebuah Bandaraya yang semakin pesat berkembang. Industri hiliran seperti minyak dan gas penyumbang utama ekonomi Bandaraya Miri. Saban tahun populasi penduduk Miri akan meningkat serta merancakkan lagi pergerakan aktiviti berteraskan ekonomi.

Di sebalik perkembangan pesat Miri, terdapat restauran dan kedai makan wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bermacam-macam jenis menu makanan yang boleh didapati seperti makanan tempatan, makanan barat dan makanan yang berasal dari negara jiran.

Jika mengunjungi Miri, tidak sah jika tidak merasa makanan yang begitu popular di Miri iaitu NASI LELAPAN. Mungkin ada yang pernah datang ke Miri sudah menikmati makanan tersebut dan hanya mengetahui nama menu tersebut.

Nasi lelapan sebenarnya berasal daripada negara jiran iaitu Indonesia. Nasi lelapan mengandungi lapan jenis salad dan lauk. Bahan utama ialah sambal belacan yang akan dicecah bersama tempe goreng, hirisan timun, kacang panjang, kangkung rebus, tauhu goreng, sayur yang direbus dan lauk pilihan seperti ayam, itik, ikan keli, ikan bawal dan sebagainya.

Lauk ayam, itik dan berbagai jenis ikan boleh dipilih mengikut selera sendiri. Sama ada digoreng atau dipanggang. Yang pasti nasi lelapan mesti memiliki lapan jenis lauk yang dimakan bersama nasi panas.

Hampir keseluruhan restauran dan kedai makan di Miri menghidang menu nasi lelapan. Menu ini satu kewajipan bagi pengunjung yang datang ke Miri untuk merasai. Keenakan nasi lelapan akan menjadi satu kenangan manis buat pengunjung jika kembali ke tempat asal dan akan menggamit pengunjung akan datang kembali ke Bandaraya Miri.
Nasi Lelapan Miri tarikan pengunjung Nasi Lelapan Miri tarikan pengunjung Reviewed by Admin on December 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.