Seo Services

Sarawak asas Dewan Undangan Negeri tertua dan terulung di Malaysia


Majlis Umum (General Council) yang terdiri daripada 21 ahli dipilih adalah Dewan Undangan Negeri yang pertama sekali di Sarawak. Ahli yang dipilih dari kalangan ketua-ketua kaum tempatan yang difikirkan dapat membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan Brooke yang pada masa itu hanya meliputi kawasan-kawasan persisiran.

Dewan Undangan Negeri yang tertua dan terulung di Malaysia telah dibina pada 8 September 1867 disebuah perkampungan kecil nelayan di Bintulu. Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke. Pada awalannya keahlian dewan hanya terdiri daripada kaum Bumiputera sahaja yang menjadi ahli. Perubahan demi perubahan berlaku dan perubahan tersebut turut membenarkan wakil-wakil terdiri daripada kaum cina.

Dewan Undangan Negeri mempunyai fungsi penting selain daripada berfungsi sebagai perundangan. Antara fungsi yang tersebut ialah seperti berikut.

Menjaga kedaulatan perlembagaan dan hak berperlembagaan Negeri Sarawak dan rakyat sepertimana yang dijelaskan di dalam perlembagaan.

Memberi khidmat kepada Kerajaan Eksekutif dan menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan.

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan mereka bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan Negeri. Ini dapat disaksikan dalam prosiding Dewan semasa perbahasaan terhadap Usul Diraja, usul tidak percaya dan perbahasan terhadap dasar-dasar am kerajaan.

Meluluskan perbekalan. Tiada cukai atau perbelanjaan boleh dikenakan terhadap Dana Tergabung (Consolidated Fund) melainkan dibenarkan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

Mewakili rakyat. Dewan Undangan Negeri menyediakan forum kepada wakil-wakil rakyat untuk menyuarakan pendapat dan berbincang secara terbuka melalui keistimewaan berparlimen di bawah peruntukan Ordinan Dewan Undangan Negeri (Privileges, Immunities and Powers), 1963.

Perkara-perkara yang disuarakan meliputi isu-isu yang menjadi tumpuan, rungutan atau masalah rakyat. Ini boleh dilakukan melalui perbahasaan biasa, rayuan-rayuan dan membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam dan sebagainya.

Mempertimbangan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu.

Memeriksa akaun awam untuk mempastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.

Menjadi arena perbincangan kritis terhadap kerajaan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.Mengawasi tindak-tanduk pihak pemerintah sebagaimana yang ditunjukkan semasa perbahasan am.

Melindungi dan mempertingkatkan kepentingan yang terbaik untuk rakyat dan negeri dengan membangkitkan isu-isu tertentu, dan meredakan rungutan semasa prosiding atau melalui cara lain yang ditetapkan oleh peraturan Dewan Undangan Negeri.

Melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan untuk tujuan siasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.Memperkembang dan memperguna keistimewaan dan prosedur berparlimen untuk membolehkan Dewan Undangan Negeri menjalankan fungsi-fungsi berperlembagaan dan perundangan dengan lebih berkesan.

Setelah melalui 148 tahun masa berlalu, Sarawak telah memiliki 3 buah Dewan Undangan Negeri. Berbagai liku dan cabaran telah ditempuhi. Berbagai dasar telah berubah dan pada masa kini Dewan Undangan Negeri Sarawak telah mempunyai ahli yang terdiri daripada wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat Sarawak. Malah ia disertai oleh wakil rakyat yang datang daripada parti politik yang berbeza di antara gabungan parti yang menubuh kerajaan dan pembangkang.


Sarawak asas Dewan Undangan Negeri tertua dan terulung di Malaysia Sarawak asas Dewan Undangan Negeri tertua dan terulung di Malaysia Reviewed by Admin on December 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.