Seo Services

Pendapatan RM120 bersih sehari hanya menjual sayur-sayuran

SAMARAHAN : Sembilan tahun menjual sayur mampu menikmati hidup selesa dan mampu menampung kehidupan keluarga.

Dandan bin Putit, 55 , hanya mengguna motorsikal sebagai pengangkutan untuk mengangkut sayur dari ladang ke tempat beliau menjual sayur di Desa Ilmu Samarahan.

"Saya mendapat sayur daripada ladang-ladang yang berhampiran kampung saya dan membawa ke Desa Ilmu untuk dijual selain daripada tanaman sendiri,"katanya.

"Selain daripada menjual sendiri, saya juga menjadi pembekal sayur kepada 7 buah kedai kopi di Samarahan,"jelasnya

Menurut Dandan, kerja sebegini perlu disiplin yang tinggi untuk mencapai keselesaan. Pesanan pelanggan tetap akan diutamakan dan dihantar tepat pada masanya.

"Hasil daripada menjual sayur sebegini, saya mampu memperolehi pendapatan bersih RM120 sehari,"katanya lagi.

"Walaupun belum pernah lagi mendapat bantuan daripada kerajaan, saya bersyukur kerana saya sudah mampu berusaha sendiri serta mempunyai pelanggan tetap,"ujarnya lagi.

Di akhir temubual bersama krew Sarawakiana, Dandan berharap akan ada bantuan dari kerajaan agar beliau mampu mengembangkan perniagaan beliau dan memiliki tanah untuk menanam sayur dalam skala yang besar.- Sarawakiana
Pendapatan RM120 bersih sehari hanya menjual sayur-sayuran Pendapatan RM120 bersih sehari hanya menjual sayur-sayuran Reviewed by Admin on December 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.