Seo Services

Pulau Pinang Umum Bonus


Butterworth: Kerajaan Pulau Pinang umum bonus sebulan gaji kepada penjawat awam negeri yang dibayar dua kali pada Jun dan 18 Disember ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata pemberian bonus ini diharap sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang bertambah serta sebagai penghargaan kepada kegigihan dan kesungguhan menjalankan amanah yang diberikan.

Selain itu, katanya, penyelia dan guru KAFA, guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) di peringkat rendah dan menengah serta guru dan staf sekolah persendirian Cina akan menerima RM300 setiap seorang.

"Guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam (TADIS) negeri menerima RM200 setiap seorang. 
Sejak 2008 hingga 2014, kerajaan negeri sudah melaksanakan pemberian bonus sebulan gaji dengan minimum RM1,300 dan dibayar dua kali pada pertengahan dan akhir tahun yang membabitkan keseluruhan perbelanjaan RM47.42 juta," katanya menerusi kenyataan media di sini, semalam.

Menurutnya, bagi tahun ini, bayaran bonus pertengahan tahun dibuat pada Jun 2015 dan 18 Disember ini membabitkan peruntukan sebanyak RM10.44 juta.-Metro

Pulau Pinang Umum Bonus Pulau Pinang Umum Bonus Reviewed by Unknown on December 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.