Seo Services

Polis Malaysia Mula Ambil Kenyataan Justo Hari Ini

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Rancangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil kenyataan daripada warga Switzerland, Xavier Andre Justo berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bangkok hari ini berjalan seperti yang diatur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu kepada Bernama.

Sementara iu wakil Bernama di Bangkok, Minggu Simon melaporkan pasukan PDRM dilihat memasuki kawasan penjara di mana bekas pekerja PetroSaudi itu sedang ditahan pada pukul 10 pagi tadi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia) dan meninggalkan penjara sekitar tengah hari.

Mereka memberitahu akan datang semula petang ini.

Pasukan PDRM yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Siasatan/Perundangan), Datuk Amar Singh Ishar Singh ditugaskan untuk mengambil kenyataan daripada Justo.

Justo dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lalu selepas mengaku mencuri 90 gigabait data termasuk e-mel, dokumen dan bahan lain daripada PetroSaudi International sebagai cubaannya untuk memeras ugut.

PDRM cuba mendapatkan keterangan daripadanya sejak beberapa bulan lalu. -- BERNAMA
Polis Malaysia Mula Ambil Kenyataan Justo Hari Ini Polis Malaysia Mula Ambil Kenyataan Justo Hari Ini Reviewed by Admin on December 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.