Seo Services

#DUNSarawak: Telang Usan Adakan ‘Highland Folks Music And Dance Festival” Buat Kali Kedua


KUCHING: Persatuan Orang Ulu Sarawak (PORUM) dengan kerjasama Pejabat Daerah Telang Usan akan mengadakan "Highland Folks Music And Dance Festival" untuk kali yang kedua pada November tahun hadapan.

Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh ADUN Telang Usan, Dennis Ngau pada sidang media di Dewan Undangan Negeri hari ini.

"Pesta ini diadakan sempena ulang tahun yang pertama Telang Usan yang dinaik taraf sebagai daerah dan lokasi pesta tersebut akan diadakan di Long Bedian,"

Dennis berkata, pesta tersebut pernah diadakan pada tiga tahun yang lepas (2012) dan telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan dengan kehadiran kira-kira dua ribu penonton dan pelancong dari dalam dan juga luar negara.


“Kami mendapat banyak respon yang positif daripada orang mengenai pesta ini seperti cadangan untuk penambahbaikan fasiliti-fasiliti,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, tujuan utama pesta tersebut adalah untuk memperkenalkan kepada dunia pelbagai keunikkan seni muzik dan warisan tradisional Orang Ulu seperti kaum Penan, Kenyah, dan lain lain yang berada di Daerah Telang Usan, Baram.

"Pesta yang diadakan selama dua hari itu nanti turut memperkenalkan muzik-muzik tradisional seperti sape yang akan dipersembahan oleh penduduk yang berada di Baram seperti kaum Saban, Perawan dan lain-lain,"

Menurutnya lagi, pengunjung tidak perlu risau berhubung penginapan dan pengangkutan memandangkan jalan perhubungan dan keperluan penginapan dan barangan runcit yang diperlukan semuanya telah tersedia di Long Bedian. -Sarawakiana
#DUNSarawak: Telang Usan Adakan ‘Highland Folks Music And Dance Festival” Buat Kali Kedua #DUNSarawak: Telang Usan Adakan ‘Highland Folks Music And Dance Festival” Buat Kali Kedua Reviewed by Unknown on December 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.