Seo Services

Stress Jadikan Anda Hodoh!


Sering berasa stress dan berduka lara boleh menyebabkan wajah anda hilang seri. Pendek kata, nampak lebih hodoh!

Ya, jangan tak percaya, ada kajian yang dilakukan di Universiti Dundee, Scotland mendapati tekanan melampau ini menjadikan wajah seseorang nampak hodoh.

Ini terjadi apabila tubuh membebaskan hormon kortisol dengan tinggi lalu menyebabkan kedutan di wajah.

Sudah berkedut, anda juga kelihatan pucat dan tidak bermaya. Menakutkan, bukan?

Kajian dilakukan dengan mengkaji jumlah kortisol dalam air liur seseorang. Ternyata mereka yang memiliki tekanan tinggi, didapati tinggi kandungan kortisol dalam air liur. Mereka juga kelihatan kurang menarik berbanding mereka yang kurang kortisol dan tekanan!

Jadi, lebih baik anda tangani stress dengan sebaiknya dan jangan terlalu memikirkan sesuatu masalah secara berlebihan!

-Pru14
Stress Jadikan Anda Hodoh!  Stress Jadikan Anda Hodoh! Reviewed by Unknown on December 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.