Seo Services

JPJ Sarawak Agih 19 Kenderaan Baharu


KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak mengagihkan 19 buah kenderaan baharu untuk cawangan-cawangannya di negeri ini bagi memperkasakan penguatkuasaan keselamatan jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Malaysia, Datuk Arifin Che Mat berkata, kenderaan baharu yang menggantikan kenderaan yang telah usang itu terdiri daripada 10 unit pacuan empat roda Ford Rangers, lapan unit Honda CRV dan sebuah Ford Transit.

Beliau berkata kenderaan Ford Rangers akan digunakan untuk tugas-tugas penguatkuasaan di kawasan luar bandar di negeri ini yang keadaan jalannya kurang baik termasuk di stesen-stesen timbang manakala Honda CRV pula akan digunakan untuk tugas-tugas penguatkuasaan di kawasan bandar.

"Kenderaan ini merupakan antara 187 unit kenderaan baharu yang diagihkan kepada JPJ di seluruh negara untuk tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan penguatkuasa JPJ Negeri Sarawak di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat 302 kenderaan lama yang tidak lagi ekonomik untuk digunakan (Beyond Economic Repair) di seluruh negara.

"Dengan ini, saya harap ia akan dapat memberi lebih motivasi dan memantapkan tugas-tugas penguatkuasaan keselamatan jalan raya termasuk isu-isu lori balak di Sarawak," katanya.

Terdahulu, ketika berucap, Arifin berkata sebanyak RM20.5 juta telah diperuntukan bagi perolehan kenderaan penguatkuasa JPJ baharu di seluruh negara pada tahun depan.

-- BERNAMA
JPJ Sarawak Agih 19 Kenderaan Baharu JPJ Sarawak Agih 19 Kenderaan Baharu Reviewed by Unknown on December 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.