Seo Services

Polis Tunggu Pengesahan Mayat Tanpa Kepala


KOTA KINABALU: Pihak polis sedang menyemak dengan pihak berkuasa Filipina bagi mendapatkan pengesahan sama ada mayat tanpa kepala yang dijumpai di selatan Filipina adalah milik rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

"Kami tengah semak, tunggu pengesahan," kata Jalaluddin dalam jawapan ringkas melalui aplikasi WhatsApp malam ini ketika diminta mengulas mengenai laporan media Filipina hari ini mengenai penemuan jasad tanpa kepala oleh pihak berkuasa Filipina.

Media Filipina melaporkan mayat tanpa kepala itu dijumpai di Sitio Lungon-lungon, Parang di Pulau Jolo pada Isnin lalu oleh anggota tentera dari Briged Infantri Ke-501 Filipina.

Sebelum ini Bernard Then, 39, dilapor telah dipenggal oleh pengganas Abu Sayyaf pada 11 Nov lalu dengan sebuah kepala dijumpai yang dipercayai miliknya, namun belum ada pengesahan mengenainya sehingga kini.

Bernard Then diculik dari Ocean King Seafood Restaurant di Sandakan pada 14 Mei lalu bersama pengurus restoran berkenaan Thien Nyuk Fun ,50.

Namun Thien Nyuk Fun dibebaskan kumpulan penculik berkenaan pada 8 November lalu dan selamat kembali ke pangkuan keluarganya.

-- BERNAMA
Polis Tunggu Pengesahan Mayat Tanpa Kepala Polis Tunggu Pengesahan Mayat Tanpa Kepala Reviewed by Unknown on December 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.