Seo Services

Produk Dan Barangan Jenama Trump Digam Di Dubai


KERANA mulut badan binasa, itulah pepatah yang sesuai menggambarkan keangkuhan Donald Trump yang baru-baru ini dengan lantangnya mengeluarkan cadangan agar melarang umat Islam menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat.

Disebabkan cadangannya itu, ramai pihak dari seluruh dunia tampil bersama bagi menyelar dan mengkeji ideanya yang dilihat sangat tidak bertanggungjawab itu.

Terbaru, hampir kesemua kedai jualan dan gedung-gedung membeli belah di Dubai telah menyekat dan tidak lagi mahu menjual segala produk dan barangan di bawah jenama Trump.

Antara yang mengambil langkah tersebut adalah gedung terkenal, Lifestyle, yang merupakan gedung untuk barangan deko rumah terkenal di Dubai. Selain Dubai, gedung tersebut juga telah meluaskan empayarnya ke Pakistan, Tanzania dan Afrika.

CEO Lifestyle, Sachin Mundhwa berkata, “disebabkan kenyataannya itu, kami nekad untuk menyekat dan tidak lagi menjual apa jua barangan yang berada di bawah jenamanya.”

Selain Lifestyle, taikun terkenal Dubai, Khalaf Al-Habtoor juga menyatakan, kenyataan yang dikeluarkan Trump itu sudah merosakkan brandnya di semua negara Islam di dunia.

Al-Habtoor turut tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut turut menambah, “orang Islam telah banyak melabur dan meluaskan empayar perniagaan ke Amerika Syarikat dan ramai warga AS sendiri mendapat peluang pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka.” – Sumber: CNN/MYNEWSHUBCC

Produk Dan Barangan Jenama Trump Digam Di Dubai Produk Dan Barangan Jenama Trump Digam Di Dubai Reviewed by Unknown on December 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.