Seo Services

Britney Spears Kantoi ‘Curi’ Gambar Di Google


BINTANG pop terkenal, Britney Spears, terkantoi apabila sekeping gambar jagung bakar dimuat naik di laman Instagramnya didakwa merupakan gambar yang terdapat di laman carian terkenal, Google.

Hal ini didedahkan oleh seorang pengguna laman Twitter, Daniel Christopher, yang merasa sangsi apabila melihat gambar sama yang pernah dilihatnya dimuat naik oleh penyanyi terkenal itu menerusi laman Instagram miliknya.

Gambar hidangan Jagung Bakar Mexico itu asalnya merupakan gambar milik Food Network Recipe yang disediakan oleh Chef Tyler Florence.

twitter

Lebih menarik, gambar yang ‘dicuri’ Britney ini turut dimuat naik dengan kapsyen: “Its’ honestly too good to be true mmm.”

Tindakan Britney ini dilihat seolah-olah mahu menunjukkan kepada peminatnya bahawa dia selalu mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat.

Jadi, kepada semua selebriti di luar sana, berhati-hatilah dengan gambar dimuat naik di laman sosial kerana ramai pemerhati yang akan sentiasa menyiasat setiap perkara mengenai diri anda. – MYNEWSHUB.CC
Britney Spears Kantoi ‘Curi’ Gambar Di Google Britney Spears Kantoi ‘Curi’ Gambar Di Google Reviewed by uMieySurianie on January 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.