Seo Services

Sarawak Buru Seorang Lagi Pemain Import

KUCHING - Pasukan Sarawak masih memburu seorang lagi calon pemain import di bahagian tengah bagi melengkapkan pasukan Bujang Senang itu sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula bulan depan.

Ketua jurulatih Sarawak, Datuk K. Rajagobal berkata, beliau masih tidak berpuas hati dengan prestasi dua pemain import yang sedang menjalani sesi pemilihan ketika ini iaitu Joseba Garmendia dari Sepanyol dan Roberto Alvez (Croatia).

Katanya, Garmendia dan Alvez yang kedua-duanya bermain di bahagian tengah gagal menyerlah dalam dua aksi pemanas badan ketika menentang PKNS FC dan Selangor baru-baru ini yang berkesudahan Sarawak menewaskan PKNS FC 2-1 sebelum tewas 0-2 kepada Selangor.

"Bagaimanapun, peluang kedua-dua pemain ini untuk merebut satu slot masih terbuka kerana saya akan memberi mereka peluang untuk dalam aksi pemanas badan di Vietnam nanti.

"Mengenai pemain tempatan, saya berpuas hati dengan prestasi mereka dan ada daripada mereka yang menunjukkan persembahan positif yang mana prestasi mereka meningkat dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE


Sarawak Buru Seorang Lagi Pemain Import Sarawak Buru Seorang Lagi Pemain Import Reviewed by Admin on January 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.