Seo Services

Kesan jangka panjang serangan Kedutaan Arab Saudi di Iran


gambar hiasan

AKIBAT keputusan Arab Saudi untuk meneruskan hukuman pancung terhadap tokoh Syiah terkenal iaitu Nimr Bakir al-Nimr atau Sheikh Nimr pada 2 Januari lepas, sebilangan rakyat Iran telah bangkit membantah dan disertai dengan protes di hadapan kedutaan Arab Saudi di Iran.

Penunjuk perasaan juga telah membakar kedutaan Arab Saudi serta melakukan banyak kemusnahkan harta benda.

Berikutan insiden ini, Arab Saudi telah serta-merta memutuskan hubungan dengan Iran dengan dan memaksa diplomat Iran untuk segera keluar dari negara tersebut dalam tempoh 48 jam.

Protes mengenai hukuman pancung terhadap Sheikh Nimr juga diadakan oleh pengikut Syiah di India dan Lebanon.

Sebenarnya jika kita lihat dari aspek kemanusiaan, untuk membunuh seseorang hanya kerana dia bersuara untuk mencari keadilan yang saksama adalah tidak wajar.

Jika kita selak kembali sejarah agama di dunia, kita akan faham tentang kewujudkan pertelingkahan antara Syiah dan juga Sunni yang sudah lama wujud.

Apa yang saya cuba katakan di sini adalah, Arab Saudi harus mempunyai kapasiti untuk melihat manusia sebagai mahkluk berakal yang saling memerlukan dan meraikan perbezaan fahaman agama demi kestabilan Timur Tengah yang lebih baik.

Hukuman memancung Sheikh Nimr kerana dia menyuarakan pendapatnya sukar diterima oleh pengikut Syiah Iran atas pelbagai sebab antaranya nilai kemanusiaan dan ketokohannya.

Malah, tindakan memancung ini juga sebenarnya tidak menyelesaikan konflik di antara Syiah dan Sunni dalam masa terdekat ini.

Malah, mungkin juga, kesan daripada ini akan wujud lebih banyak konflik berdarah antara Syiah dan Sunni.

Namun, apakah Arab Saudi tidak mahu keamanan di rantau mereka?

Jarak antara Arab Saudi dan Iran hanya dipisahkan oleh Teluk Parsi. Sebarang provokasi ketenteraan akan mengakibatkan kemusnahkan besar dan merugikan kedua-dua negara.

Pada hemat saya, Arab Saudi harusnya mengamalkan polisi terbuka terhadap kritikan dan mengambil setiap kritikan sebagai cadangan yang mampu membina kestabilan Timur Tengah yang lebih baik.

Kewujudkan ISIS dan Taliban di Iraq, Syria dan Afghanistan contohnya sudah pun mengakibatkan kemusnahkan dan kematian yang dasyat.

Jika persengketaan Arab Saudi dan Iran tidak diselesaikan dengan baik dan segera, saya khuatir akan wujud pihak ketika yang akan menjadi batu api yang membakar api-api peperangan lalu menambahkan lagi kemusnahan dan kesengsaraan rakyat.

Jika kita lihat dengan teliti, negara seperti Yemen, Syria, Libya, Afghanistan, dan Iraq semuanya sudah musnah dan negara-negara ini yang dulunya aman damai kini menjadi medan pertempuran dan lubuk lahirnya golongan militan yang kejam.

Saya bukanlah Nostradamus mampu menilik masa hadapan, tapi jika trendnya berterusan begini maka kemusnahan menyeluruh adalah sesuatu yang tidak mustahil terjadi.

Malaysia sebuah negara berbilang bangsa haruslah mengambil iktibar terhadap insiden ini dan belajar mencari jalan penyelesaian yang menggunakan kasih sayang dan keamanan dalam mencapai resolusi.

Di era informasi serba terbuka hari ini, segalanya konflik dunia akan memberi kesan kepada negara kita dan ia juga mampu mempengaruhi minda rakyat kita, jika tidak banyak pun, mungkin akan ada sedikit kesannya.

Oleh itu, kita harus sedar bahawa kita terlalu kecil untuk menyelesaikan masalah dunia yang meruncing tapi apa yang kita mampu buat adalah belajar dari kesilapan orang lain dan membetulkan diri sendiri, dalam konteks ini, negara sendiri.

-Awani
Kesan jangka panjang serangan Kedutaan Arab Saudi di Iran Kesan jangka panjang serangan Kedutaan Arab Saudi di Iran Reviewed by Unknown on January 06, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.