Bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek, melahirkan rasa kecewa berkenaan artikel yang mendedahkan mengenai status kewangan dirinya dan menyifatkan ia sebagai "tidak beretika dan tidak profesional".
Menurut Watson seperti yang dipetik dalam sebuah akhbar nasional, penulis artikel tersebut telah menhubunginya melalui panggilan telefon mengenai satu notis 'muflis' yang tersiar dalam ruangan iklan didalam sebuah akhbar tempatan semalam.
Dia telah memperjelaskan secara terperinci mnegenai kedudukannya yang terkini kepada wartawan berkenaan namun Watson melahirkan rasa kecewa kerana perbualan mereka adalah cuma sepatutnya merupakan perbualan antara dua orang kawan dan beliau telah mengakui tidak pernah memberi kebenaran kepadanya untuk menyiarkan berita terbabit.
Beliau menambah, penulis berkenaan seharusnya meminta kebenarannya terlebih dahulu untuk memberi keizinan untuk menyiarkan artikel terbabit kerana artikel berkenaan boleh menjejaskan kerjayanya sebagai jurulatih dari segi penajaan dan kredibilitinya.-Sarawakiana
Watson Selar Penulisan Wartawan Tidak Beretika
Reviewed by Unknown
on
March 05, 2016
Rating:
No comments: