Seo Services

Gara-gara Kentut, Pemain Ini Dilayangkan Kad Merah



STOCKHOLM – Pemain kelab divisyen tujuh Liga Sweden di layangkan kad merah gara-gara membuang angin atau kentut.

Pemain dari kelab Pershagen SK tersebut adalah Adam Lindin Ljungkvist, 25. Peristiwa itu berlaku ketika dia mempertahankan kelab Pershagen SK semasa melawan Jarna SKB.

Lapor harian Aftonbladet, hairan bagaimana seorang pemain tiba-tiba dibuang padang selepas pengadil mengatahui seorang pemain itu kentut.

“Perut saya sakit, lalu saya kentut. Pengadil datang memberi saya kad kuning dan kemudiannya kad merah. Itu memang peringatan kedua buat saya, “kata Ljungkvist.

“Saya kentut dan dibuang padang kerana tindakan pengadil itu yang tidak sporting, “katanya

Bagaimanapun, dia tidak mendapat penjelasan yang terperinci dengan alasan pengadil memberinya kad merah, namun Ljungkvist menduga seorang pengadil padang yang sengaja melayangkan kad kepadanya berfikir, kerana sengaja buang angin untuk provokasi lawan.

“Namun saya fikir itu bukan cara yang profesional untuk menumbangkan emosi lawan,”ujar Ljungkvist. -MYNEWSHUB.CC
Gara-gara Kentut, Pemain Ini Dilayangkan Kad Merah Gara-gara Kentut, Pemain Ini Dilayangkan Kad Merah Reviewed by Unknown on June 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.