KUCHING: Pusat kecemerlangan sukan wushu untuk Sabah dan
Sarawak yang berpusat di Kuching perlu ditubuhkan memandangkan dua negeri di
kepulauan Borneo itu amat dalam aktiviti pembangunan sukan berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)
Dr Ong Kong Swee berkata, kedua-dua negeri berkenaan amat aktif dalam
pembangunan sukan wushu selain mempunyai rekod yang amat baik.
“Saya percaya, dengan adanya pusat seperti ini, lebih ramai
atlet wushu berbakat dapat diketengahkan untuk mewakili negara,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya pusat kecemerlangan dapat
ditubuhkan di Bandar raya ini, maka lebih ramai jurulatih professional dan
peralatan akan ditempatkan di Sarawak oleh Majlis Sukan Negara (MSN). –
Sarawakiana.
Pusat Kecemerlangan Wushu Berpusat Di Kuching
Reviewed by Unknown
on
June 23, 2016
Rating:
No comments: