KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) bersiap sedia sepenuhnya
untuk menganjur acara tenis pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18.
Presidennyya Datuk Patrick Liew berkata, lebih RM400,000 dibelanjakan
untuk menaik taraf fasiliti selain kos sebanyak RM300,000 melapis semula 12
permukaan gelanggang tenis dan latihan.
Kerja-kerja menaik taraf yang dijalankan merangkumi penukaran bumbung
dan siling rumah kelab, mengecat, menukar pagar gelanggang tenis serta
membersih longkang agar tidak tersumbat semasa hujan lebat.
“Kita mula menganjur beberapa
kejohanan antarabangsa pada 1990 dan beberapa tahun kemudiannya kita bukan
sahaja mengekal tetapi juga menaik taraf fasiliti sedia ada dengan sokongan
daripada kerajaan negeri dan badan korporat.
“Setiap tahun, kita menganjurkan tiga hingga sembilan pertandingan
bertaraf antarabangsa,” katanya.
Selain 12 gelanggang tenis, SLTA juga mempunyai pejabat pentadbiran,
bilik mesyuarat, bilik fisioterapi, stor, kafeteria dan bilik persalinan. –
Sarawakiana.
Hanya menunggu detik bermula
Reviewed by Unknown
on
June 17, 2016
Rating:
No comments: