Seo Services

Presiden Poland Puji Pencapaian Pelajar Malaysia


PUTRAJAYA: Presiden Poland, Andrzej Duda, memuji pencapaian cemerlang pelajar Malaysia di Poland. Duda memberikan pujian itu semasa menerima kunjungan Duta Malaysia ke Poland, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin semasa duta itu menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden pada 14 Jun.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, Duda turut menyatakan bahawa Poland dan Malaysia berkongsi pandangan serupa berhubung isu antarabangsa dan serantau kepentingan bersama.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas sokongan terhadap pencalonan Poland dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi penggal 2018-2019 dan hubungan dua hala rapat dalam pendidikan tinggi, menurutnya.

"Beliau berharap kedua-dua negara dapat menerokai peluang perniagaan dan pelaburan baharu dalam sektor-sektor lain," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan bersempena penyerahan watikah pelantikan itu.

Penyerahan watikah pelantikan itu berlangsung dalam upacara rasmi di Belvedere Courtyard, Warsaw. Ahmad Fadil, dalam ucapan balasnya, menekankan bahawa komunikasi adalah teras dalam diplomasi, menurut kenyataan Wisma Putra itu.

"Dalam konteks ini," katanya sambil memberi jaminan kepada Presiden bahawa beliau akan berkhidmat sebagai saluran komunikasi yang jelas antara kedua-dua kerajaan," menurut kenyataan itu.

Ahmad Fadil ialah Duta Malaysia ke Poland yang ke-11 dan pada masa sama turut ditauliahkan ke Lithuania.

Sebelum pelantikannya sebagai duta, Ahmad Fadil ialah Konsul Jeneral Malaysia di Dubai dan pernah berkhidmat di pejabat kedutaan Malaysia di Australia, Cuba dan Chile.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Poland dijalin secara rasminya pada 21 Jun, 1971. Poland menubuhkan kedutaan di Kuala Lumpur pada 1977 manakala Malaysia menubuhkan kedutaan di Warsaw pada 1978. - BERNAMA

Presiden Poland Puji Pencapaian Pelajar Malaysia Presiden Poland Puji Pencapaian Pelajar Malaysia   Reviewed by uMieySurianie on June 17, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.