Seo Services

PM Saksi Pemeteraian MoU Borneo744

Foto: Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Kementerian Kewangan dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi mewujudkan Perbadanan Usahawan Lautan Biru (BOET) di Bintawa, Kuching, Sarawak (Borneo744) yang dijangka siap hujung tahun ini.

MoU berkenaan ditandatangani Pengarah Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan, Dr Aminuddin Hassim dan Pengurus Besar SEDC, Soedirman Aini.

Borneo744 adalah bandar usahawan pertama di Malaysia khusus untuk belia yang diumumkan Perdana Menteri pada April lalu bagi mengukuhkan dan melengkapkan lagi ekosistem keusahawanan kebangsaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kerjasama antara kementerian itu dan SEDC menyediakan platform untuk usahawan ke peringkat yang lebih tinggi.

"BOET akan menjadi hab tunggal bagi menjana pekerjaan, membangunkan perniagaan baharu dan memperkaya komuniti melalui galakan komuniti kreatif yang lebih luas dan aktiviti kesenian yang diterjemahkan kepada usaha berdaya maju secara komersial," katanya. - BH

PM Saksi Pemeteraian MoU Borneo744 PM Saksi Pemeteraian MoU Borneo744  Reviewed by uMieySurianie on June 17, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.