KUCHING: Ops samseng jalanan yang diadakan oleh polis daerah Kuching yang diadakan di hadapan Bangunan Baitulmakmur (Masja) disini semalam telah berjaya menyita sebanyak 76 buah motosikal serta mengeluarkan sebanyak 140 saman bagi pelbagai kesalahan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad, operasi yang dimulakan pada jam 10 malam hingga 5.30 pagi itu juga turut menahan dua individu yang memandu dalam pengaruh alkohol.
"Sebanyak 76 motosikal telah disita dibawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai spesifikasi motosikal tersebut.
"Selain itu,sebanyak 140 saman telah dikeluarkan sepanjang opersi berkenaan antaranya tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, tamat cukai jalan, ubah suai nombor pendaftaran serta ubah suai eksoz," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Abang Ahmad juga memberitahu seramai 37 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Sarawak turut menyertai operasi tersebut dan pihak polis akan sentiasa memantau dan menjalankan operasi secara berterusan dari masa ke semasa bagi membendung gejala samseng jalanan dan memastikan gejala berkenaan dapat dibendung sepenuhnya.
Jesteru, orang ramai yang mempunyai maklumat dinasihatkan memberi kerjasama dan melaporkan dimana-mana balai polis berhampiran. -Sarawakiana
Ops Samseng Jalanan: Polis Sita 76 Buah Motosikal Di Masja
Reviewed by Unknown
on
June 19, 2016
Rating:
No comments: