PASIR MAS: Seorang penyamun bertindak memotong kaki kiri seorang nenek
tua sehingga putus apabila cuba menyamun nenek itu di Kampung Tanjung Rendang,
Pasir Mas, semalam.
Dalam
kejadian yang berlaku lewat petang semalam, mangsa, Mak Som Mat Diah, 89,
bersama perempuannya yang berusia 55 tahun dikatakan sedang berahat di ruang
tamu rumahnya.
Penyamun
yang berusia 19 tahun itu dilaporkan oleh Harian Metro sebagai jiran sekampung
Mek Som.
Penyamun
tersebut difahamkan memasuki rumah Mek Som dan meminta wang tetapi mula
bertindak agresif apabila Mek Som enggan memberikan sebarang wang kepadanya.
Selepas melihat
kelakukan agresif penyamun, anak Mek Som berjaya melarikan diri tetapi Mek Som
ditumbuk dan kakinya pula ditetak sehingga putus dengan menggunakan pisau.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim
Saad mengesahkan kejadian berikut dan menurutnya, Mek Som telah dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum diruju ke Hospital Sains
Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
“Suspek berjaya
ditangkap oleh penduduk kampung yang merupakan saksi kejadian dan akan di bawa
ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman,” kata Ibrahim Saad.
Selepas
menjalankan ujian air kencing terhadap suspek, dia didapati positif dadah
semasa melakukan perkara tersebut. -MYNEWSHUB.CC
Remaja ambil dadah tergamak samun tetak kaki nenek
Reviewed by Unknown
on
June 20, 2016
Rating:
No comments: