KUCHING: Seramai 2,000 anggota dan pegawai akan dikerahkan dalam persedian menghadapi banjir yang berkemungkinan akan berlaku ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Abd Aziz Yusof berkata, kesemua ketua polis daerah diarahkan supaya bersiap sedia dan mengerahkan anggota-anggota dan menyiapkan kesemua 168 aset PDRM seperti bot dan enjin
"Ketua Polis Daerah sudah diarahkan supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek Tabung Amanah Warisan Polis di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pagi tadi.

Dalam perkembangan lain beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai salah laku pegawai dan anggota polis untuk segera membuat laporan.
Menurutnya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pegawai dan anggota yang melakukan kesalahan tanpa kompromi.
“ Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard(JIPS) semtiasa membuat pemantauan terhadap setiap anggota dan pegawai dari semasa ke semasa.
"Kita mendapati integriti setiap pegawai dan anggota di IPK Sarawak berada tahap memuaskan," ujarnya. -Sarawakiana
"Kita mendapati integriti setiap pegawai dan anggota di IPK Sarawak berada tahap memuaskan," ujarnya. -Sarawakiana
2,000 Anggota Polis Sedia Hadapi Banjir Di Sarawak
Reviewed by Unknown
on
December 06, 2016
Rating:
No comments: