Seo Services

BR1M 2017: Bayaran Menerusi Akaun Pilihan Penerima Di Sarawak


KUCHING: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) memilih pembayaran bantuan tersebut menerusi akaun kerana disifatkan lebih mudah dan cepat berbanding menggunakan baucar.


Romie Emphivine,27, yang sebelum ini menerima BR1M menerusi baucar berkata, pembayaran bantuan menerusi akaun lebih cepat kerana penerima tidak perlu beratur panjang.

"Jika sebelum ini, baucar lambat diterima dan keadaan ini membuatkan saya memilih untuk mengemaskini permohonan untuk menggunakan akaun.

"Tidak perlu beratur panjang lagi di institusi perbankan untuk mendapatkan bantuan ini (BR1M)," katanya.

Dia turut melahirkan rasa bersyukur kerana kerajaan menambah jumlah BR1M dan ia membuktikan kerajaan prihatin dengan kesukaran yang dihadapi rakyat.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang meneruskan pemberian bantuan ini," ujarnya.

Roslan Ali Omar,50, turut sependapat dengan Romie, pembayaran BR1M menerusi akaun lebih mudah dan ringkas berbanding menggunakan baucar.


"Tidak perlu berebut kalau menggunakan akaun bank. Jika menerusi baucar atau menerima bantuan di lokasi tertentu, keadaan agak sukar selain tidak teratur," jelasnya.

Menurutnya, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

"Saya amat bersyukur dengan bantuan ini. Secara tidak langsung dapat juga menampung perbelanjaan kami sekeluarga," kata Roslan.-Sarawakiana
BR1M 2017: Bayaran Menerusi Akaun Pilihan Penerima Di Sarawak BR1M 2017: Bayaran Menerusi Akaun Pilihan Penerima Di Sarawak Reviewed by Unknown on December 06, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.