Filem The Pursuit Of Happyness, lakonan aktor Holywood, Will Smith serta anaknya Jaden merupakan adaptasi daripada kisah benar mengenai liku-liku kehidupan Chris Gardner.
Sebelum menjadi seorang usahawan berjaya, Chris merupakan seorang gelandangan yang akan menghabiskan waktu siangya bekerja sebagai pelatih broker saham dan pada waktu malam mencari tempat tinggal bersama anaknya Chirs Jr.
Pernah dihukum penjara, usahanya membina hidup bersama anaknya tidak mudah.
Dengan gaji yang rendah, Chris tidak mampu menyewa rumah di kota San Francisco dan akan bermalam di rumah perlindungan gereja, di hentian keretapi, atau dibawah meja pejabatnya.
Malah kedua beranak itu juga pernah bermalam di tandas awam.
Kebanyakan wang diperoleh Chris akan digunakan bagi membiayai pusat penjagaan kanak-kanak bagi menjaga Chris Jr pada siang hari sementara beliau kerja.
Kedua-dua mereka sering mendapatkan makanan di Soup Kitchen - sebuah pertubuhan kemasyarkatan yang menyediakan makanan kepada golongan kurang mampu secara percuma.
Sungguhpun berdepan pelbagai kesukaran, Chris akhirnya berjaya dalam kerjayanya apabila firma pelaburan - Dean Witter Reynold (DWR) yang memberikan latihan kepadanya mengambilnya bekerja sepenuh masa.
Kehidupannya semakin rancak selepas itu sehingga akhirnya Chris berjaya membuka firma pelaburanya sendiri, Gardner Rich.
Beliau turut menulis autobiografi 'The Pursuit Of Happyness' yang kemudiannya menjadi buku paling laris dijual sehingga ianya diadaptasikan kepada sebuah filem.
Bercakap kepada BBC, Chris menyatakan tidak menyesal dengan apa yang dihadapainya sewaktu berdepan kesukaran suatu masa dahulu.
Ujarnya, beliau menempuhi pelbagai kesukaran sewaktu beliau muda agar anaknya tidak menghadapi kesukaran yang sama.
"Nasib saya yang selebihnya akan tiba kerana saya membuat pilihan yang tepat," katanya
Kini Chris berusia 62 tahun dan bernilai kira-kira USD 60 Juta (RM266,907,000).
Beliau banyak menghabiskan masa merantau ke seluruh pelusuk dunia memberikan memberi ceramah motivasi selain menaja pelbagai gerakan amal dan persatuan menentang keganasan terhadap wanita.
- Malaysian Digest
Dari Gelandangan Tidur Di Tandas Awam, Kini Dirinya Bernilai RM266,907,000
Reviewed by Unknown
on
December 06, 2016
Rating:
No comments: