KUCHING: Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Negeri Sarawak diserbu orang ramai seawal jam 8 pagi untuk mendaftar dan mengemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017.
Tinjauan Sarawakiana mendapati beberapa kaunter turut dibuka di luar pejabat LHDN bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan.
Difahamkan kaunter tersebut dibuka sehingga malam dan turut beroperasi pada Sabtu dan Ahad minggu pertama dan terakhir bulan ini.
Kaunter yang dibuka semalam (5 Disember) beroperasi sehingga penghujung bulan ini untuk memudahkan orang ramai mendaftar secara manual.
Pembaran BR1M 2017 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos.
Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai Februari 2017.-Sarawakiana
BR1M 2017: Pejabat LHDN Jadi Tumpuan Orang Ramai
Reviewed by Unknown
on
December 06, 2016
Rating:
No comments: