Seo Services

Buaya Lima Meter Ditembak Mati Di Miri

foto ihsan pembaca

MIRI: Seekor buaya betina sepanjang lima meter ditembak mati oleh penduduk kampung dalam kejadian di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu, buaya berkenaan ditembak sebanyak dua das mengunakan senapang patah.

Ahli Jawatankuasa Penduduk (AJK) Kampung Pejuang Kelulit Murshid Kabul, 64, berkata, buaya berkenaan sudah diburu sejak sebulan lalu berikutan membimbangkan penduduk kampung.

Menurutnya, buaya berkenaan sering dilihat timbul di permukaan Sungai Kelulit yang turut digunakan oleh penduduk kampung.

"Walaupun masih belum ada serangan buaya, penduduk bimbang berlaku kejadian yang buruk sekiranya dibiarkan," katanya.-hm
Buaya Lima Meter Ditembak Mati Di Miri Buaya Lima Meter Ditembak Mati Di Miri Reviewed by Unknown on December 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.