Seo Services

Dua Premis Di Kuching Berdepan Tindakan


KUCHING: Gara-gara tidak menentusahkan semula alat timbang yang dimiliki, dua premis di bandar raya ini berdepan tindakan di bawah Seksyen 20 Akta Timbang Sukat 1972 iaitu denda RM5,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak Abd Hafidz Abd Rahim berkata, meter alat timbang di dua premis tersebut akan disia.

"Kita tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalan yang melibatkan alat sukatan atau alat timbang. Dua premis yang diperiksa didapati tidak menentusahkan alat timbang yang dimiliki," katanya kepada pemberita di sini, hari iini.

Operasi yang dijalankan hari ini turut disertai Metrology Corporation Sdn Bhd yang merupakan sebuah agensi di bawah KPDNKK.

Menurutnya lagi, tumpuan operasi akan datang akan memfokuskan ke kawasan kebun sawit dimana peneroka atau pekepun kelapa sawit turut menggunakan alat timbang.

"Kita mahu setiap timbang termasuk di kawasan kebun ditentusahkan agar berat yang ditimbang betul dan tidak dimanipulasi oleh pemungut," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hafidz menjelaskan, terdapat 201 kes kesalahan di bawah Akta Timbang Sukat 1972 dikesan setakat ini dengan nilai rampasan (tidak termasuk hari ini) berjumlag RM56,446.

"Sebelum ini kita menawarkan kompaun bagi setiap kesalahan dengan RM27,050 kompaun dibayar setakat ini. Kebanyakan kita tawarkan kompaun terlebih dahulu.

"Namun jika enggan membara maka kita akan dakwa di mahkamah," jelasnya.Sarawakiana




















Dua Premis Di Kuching Berdepan Tindakan Dua Premis Di Kuching Berdepan Tindakan Reviewed by Unknown on December 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.