SEPANG: Jenazah pendaki rakyat Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran pada 28 November lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Jenazah Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, yang dibawa pulang dengan Penerbangan Mahan Air W5 0083 dari Tehran itu tiba kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Difahamkan, jenazah dibawa ke Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn.
Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said, dalam kenyataan semalam berkata, jenazah Allahyarham sudah dimandi dan dikafankan di Iran sebelum dibawa pulang ke tanah air.
Syed Ridzuan bersama rakannya, Ramli Abd Majid, dilaporkan hilang di gunung berketinggian 5,610 meter itu pada 20 November lalu selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.
Jasad Syed Redzuan ditemui pada 28 November lalu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Yakhar Glacier di kawasan pergunungan bersalji itu manakala usaha mengesan Ramli diteruskan.- Berita Harian
Jenazah Pendaki Malaysia Tiba Di Tanah Air
Reviewed by uMieySurianie
on
December 05, 2016
Rating:

No comments: