JAIPUR, INDIA: Seorang doktor pakar di sebuah hospital di sini terkejut apabila mengeluarkan sebanyak 11,816 batu karang dari pundi hempedu seorang pesakitnya baru-baru ini.
Pakar bedah dari Hospital Sawai Man Singh, Dr Jeevan Kankaria berkata, pesakit berkenaan menjalani satu pembedahan pada 23 November lalu selepas mengadu sakit perut.
Menurutnya, imbasan CT yang dijalankan tidak dapat mengesan kehadiran batu karang berkenaan dan hanya mengesan hempedu lelaki itu bengkak.
“Pada mulanya, laporan imbasan CT hanya mengesyaki kemungkinan pesakit berkenaan mempunyai batu karang di hempedu.
“Apabila pembedahan dilakukan kami terkejut apabila mendapati hempedu pesakit itu penuh dengan batu karang,” katanya. - Agensi
Doktor Temui 11,816 Batu Karang Dalam Hempedu Pesakit
Reviewed by Unknown
on
December 06, 2016
Rating:
No comments: