Seo Services

Musim Durian Meriahkan Bandar Sarikei

Sarikei sebuah bandar kecil yang dihuni lebih 30 ribu populasi penduduk. Bandar yang kaya dengan hasil nelayan dan pertanian.

Sarikei mempunyai banyak jualan buah-buahan yang mungkin jarang ada ditempat lain seperti buah kubal susu dan sebagainya. Antara buah yang popular di Sarikei ialah buah durian.

Sarikei mempunyai dusun durian yang banyak dan ada dusun yang mempunyai pokok durian yang sudah menjangkau lebih seratus tahun. Jenis durian ini digelar durian susu dimana isinya manis serta lunak.

Pada masa ini musim durian kembali lagi di Sarikei. Walaupun belum lagi banyak seperti biasa, namun konsep terbaru dilakukan oleh peniaga buah. Konsep 'Car Boot Sale' sedang diketengahkan memandangkan ia tidak memerlukan ruang yang besar untuk berniaga.


Penjualan buah durian kali ini menggunakan konsep sedemikian kerana memudahkan peniaga berniaga dan menjimatkan masa. Buah di susun secara teratur mengikut gred tertentu.

Memang pada awalan ini harga durian masih mahal tetapi apabila sudah musim durian banyak, Sarikei adalah syurga bagi penggemar durian apabila mampu membeli durian dengan harga murah.

Sehingga pelanggan akan membawa pulang seguni buah durian dengan harga RM25-RM30. Pada masa itu selonggok durian bukan dalam kuantiti tiga atau empat biji tetapi dalam 10 hingga 20 biji dengan harga RM25-RM30. -Sarawakiana
Musim Durian Meriahkan Bandar Sarikei Musim Durian Meriahkan Bandar Sarikei Reviewed by Unknown on December 06, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.